Proses pembuatan Tar






Proses 1 : Mencari kayu iaitu menggunakan kayu marbau, kulimpapa dan rangau yang boleh didapati dalam hutan.










Proses 2 : Memotong kayu-kayu tersebut mengikut sais yang tertentu 
( 28cm-30cm)
















Proses 3 :  Untuk membuat aran, sekeping kayu dipotong setebal dua inci, serta diraut menjadi bulat. Bagi melicinkan tepi-tepi kayu yang kasar, kayu tersebut ditaruh di atas sejenis alat pengisar yang kenal sebagai pelarikan. Proses ini dikenalkan sebagai melarik.









Proses 4 :Kayu yang hendak dijadikan aran mula-mulanya diraut dan ditepi-tepinya yang kasar dilicinkan. Sesudah itu ianya merupakan sebagai sebentuk cincin. Selepas itu, aran tersebut di jemur selepas di tempat yang bersesuaian. Yang sebaiknya di jemur di bawah atap. Menurut informan jika terlalu panas, kayu tar akan rosak.










Proses 5 : Bila proses ini sudah siap dilakukan tiga lubang yang sama jaraknya ditebuk di bahagian luar aran. Lubang-lubang ini ialah untuk menempatkan giring-giring. 










Proses 6 : Langkah yang berikutnya ialah menarik dan mengikat sekeping kulit kambing yang masih belum dipotong bulunya, tetapi telah dipotong bulat dan besar sedikit dari bulatan aran itu dipotong ianya direndam dalam air kira-kira 24 jam supaya menjadi lembut.










Proses 7 : Sekeping kayu bulat yang sama besarnya dengan aran dan setebal satu inci dikenal sebagai penyadal ditaruh atas aran. Ianya mempunyai lubang ditengah-tengah bagi penyadal ditaruh diatas aran. Ianya mempunyai satu lubang ditengah-tengah bagi menempatkan sebatang besi jack yang mempunyai beberapa lubang kecil di tepi piring bulat. Dawai-dawai besi yang ada pada kulit kambing kemudiannya dimasukkan ke dalam lubang-lubang kecil itu dan diikat.






Proses 8 : Sesudah ketegangan kulit kambing mencapai ketepatan dengan cara memukul kulit kambing dan menilai bunyi yang dihasilkan, maka ia akan direndam lebih kurang seminggu dan setelah dijemur selama dua hari. Kulit kambing akan dipaku ditepi aran menggunakan paku tembaga dan dikukuhkan dengan sekeping aluminium. 
















Video dibawah menunjukkan proses pembuatan tar secara ringkas.