Pemasaran

Dari segi pemasaran tar di Negara Brunei Darussalam adalah sangat memuaskan. Ini disebabkan hanya seorang sahaja yang sangat serius dalam pembuatan tar pada waktu ini. Selalunya tar-tar yang dihasilkan dipasarkan melalui tempahan dari pelbagai pihak seperti Kementerian Pendidikan, Kementerian Belia dan Sukan dan sebagainya. Tempahan tertinggi yang dicatatkan ditempah oleh Kementerian Pendidikan iaitu sebanyak 800 buah tar untuk kegunaan pembelajaran dan pertandingan sekolah-sekolah.


Bagaimanapun, tidak juga dinafikan adanya orang persendirian seperti orang kampung atau saudara mara yang membuat tempahan tar. Lazimnya orang pesendirian membuat tempahan sama ada datang sendiri atau melalui telefon.


Harga sebuah tar ialah $38.00, namun jika ia dibeli dalam jumlah yang banyak harganya akan turun kepada $35.00 sebuah.