Pengenalan


Latar belakang dan Sejarah Tar :


Hadrah berasal dari perkataan Arab yang bermakna 'berdikir dengan paluan gendang'.Hadrah merupakan salah satu muzik tradisional bagi masyarakat Melayu.  Hadrah juga adalah dijadikan sebagai drum yang digunakan terutamanya sebagai iring untuk menyanyi memuji agama Islam. Hadrah mempunyai erti serta hubungan dengan unsur-unsur agama.


Adalah dipercayai bahawa hadrah mula-mula diperkenalkan kepada penduduk Kampung Melayu Asli di Kuala Belait, oleh beberapa orang pekerja dari Sarawak, iaitu di awal tahun 1930. Mereka bekerja di British Malayan Petroleum Company.


Pada zaman tersebut, bermula permainan hadrah di kalangan kanak-kanak pada masa lapang selain daripada menghadiri kelas mengaji.


Selain daripada itu, Rosli bin Murni mengatakan bahawa hadrah dikembangkan dari negeri jiran iaitu Sarawak yang disebut sebagai 'Orang Kuching' dan melalui kunjungan orang atau peniaga Brunei ke Negeri Sarawak. ( Rosli Bin Murni : 1984 : 2)


Hadrah yang dibawa dari negeri Sarawak ini merupakan salah satu alat muzik rampana. Begitu juga dengan hadrah mempunyai tiga bahagian iaitu : kompang, rebana dan tar.  Tar merupakan alat muzik yang digunakan dalam persembahan hadrah di Negara Brunei Darussalam.