Informan

Keterangan Informan :

Nama : Haji Bakar Hj Bini
Tarikh Lahir : 25 Disember 1957
Umur : 54 Tahun
Pekerjaan : Bersara
Pendidikan tertinggi : Darjah 6
Tempat Tinggal : Kpg Junjungan

Pengkaji turun lapangan pada 20 September 2011, pada jam kira-kira 10 pagi. Pengkaji mengadakan temubual tersebut dirumah informan pengkaji iaitu di Kpg Junjungan.

Pengkaji mengajukan beberapa soalan kepada informan tersebut.  Diantara soalan-soalan yang pengkaji ajukan ialah seperti :
  1. Berapa lama sudah biskita menceburi bidang Pembuatan Tar ini?
  2. Berapa orang tenaga pekerja yang biskita gunakan?
  3. Dimana biskita membuat proses-proses Pembuatan Tar ini?
  4. Berapa lama kira-kiranya proses-proses pembuatan tar ini?
  5. Bahan yang biskita gunakan?
  6. Kita masih lagi menggunkan alat-alat lama / moden?

Dari soalan-soalan yang pengkaji ajukan, jawapan-jawapan yang diberikan oleh informan sangat memuaskan dan beliau memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pengkaji.

Informan menerangkan bahawa beliau sudah lama menceburi bidang pembuatan tar ini secara turun temurun melalui ayahnya. Menurut informan pengkaji, beliau mempelajari bidang pembuatan tar ini sejak kecil lagi.

Selain daripada itu juga, informan kami menyatakan bahawa beliau tidak banyak menggunakan tenaga pekerja. Jika menerima banyak tempahan, beliau meminta tolong adik-beradiknya sahaja. Akan tetapim jika tempahan yang diterima tidak banyak beliau akan membuat sendiri sahaja.

Seterusnya, informan menyatakan beliau membuat proses-proses pembuatan tar tersebut dibelakang rumah beliau.

Informan juga memberitahu bahawa proses pembuatan Tar selalunya memakan masa selama 1 hari atau setengah hari untuk membuat 1 biji tar/ Hadrah tersebut.

Selalunya bahan-bahan yang digunakan seperti ; kayu marbau, kalimpapa rangau, mesin-mesin dan juga peralatan-peralatan yang tertentu dan sebagainya (dinyatakan dalam post 'pembuatan tar')

Seterusnya informan menyatakan bahawa beliau menggunakan alat moden dan juga ada menggunakan alat tradisional atau lama. Sperti contoh : mesin untuk proses melarik itu adalah alat yang moden berbanding pada zaman dahulu menggunakan tangan sahaja. 

Selain daripada itu juga, informan ada menyatakan mengenai pemasaran tar di Negara kita. Kebanyakkannya yang membeli Tar tersebut adalah pihak-pihak kerajaan (Kementerian Pendidikan & Kementerian Belia dan Sukan) dan ada juga yang persendirian. Informan meletakkan harga tar yang dibuatnya dengan harga $38 satu biji.

Selepas pengkaji menemubual informan, beliau melihat kan cara-cara proses melarik dan peralatan-peralatan yang digunakan oleh beliau.

Setelah selesai sebagai penghargaan kepada informan, pengkaji memberikan :


Ucapan ribuan Terima Kasih kepada informan kami, Haji Bakar Hj Bini dengan meluangkan masa dan memberikan kerjasama yang baik.