Jenis-jenis rampana


Rampana adalah alat muzik tradisional Puak Melayu Brunei di Kampong Ayer yang diperbuat daripada sejenis kayu keras seperti teras tibadak atau banir nangkadan permukaannya ditutup dengan kulit ikan pari.



Rampana dibuat bertiris-tiris. Tiris-tiris ini mempunyai nama tersendiri daripada rampana naindung, rempana radat dan rempana hadrah. Ketiga-tiga jenis rampana ini dimainkan untuk majlis perkahwinan dan majlis-majlis keramaian. Keadaan ini menyebabkan berbeza-beza dari segi kegunaannya.



    Rampana naindung
  • Rampana naindung : Jenis yang terbesar di antara ketiga-tiga rampana. Alat ini dimainkan untuk bernaindung sahaja. Alat ini dimainkan dalam majlis berjaga-jaga. Tujuannya ialah untuk jadi hiburan sepanjang malam tersebut. Ketika bermain rampana diletakkan diatas pangkuan. Kedua-dua belah tangan berperanan memukul dan maningkah setiap pukulan. Ketika bernaindung bara api diletakkan di hadapan rampana. Tujuannya supaya sap atau kulit penutup rampana sentiasa kencang dan boleh didiang sepanjang permainan. 


  • Rampana radat : Merupakan tiris kedua selepas rampana naindung. Nama ini berasaskan kepada penggunaan alat ini iaitu untuk tujuan beradat. Ukurannya kecil daripada rampana naindung tetapi lebih besar daripada rampana hadrah. Rampana dimainkan ketika majlis bersanding diadakan. Ketika bermain, alat ini samalah keadaannya seperti memainkan hadrah. Kawasan tempat bermain adalah lebih luas memandangkan permainan ini diiringi dengan tarian.

  • Rampana Hadrah : Bentuknya lebih kecil daripada rampanan naindung dan rampana radat. Ia berukuran 30.5cm tinggi (garis pusat). Sebelum dikenali dengan rampana hadrah ia dikenali sebagai rampana dikir.  Kegunaanya adalah untuk memeriahkan suasana majlis.

Hadrah / Tar