Alat Muzik Hadrah





Kompang : Sejenis rebana yang dipukul beramai-ramai 


Rebana : Sejenis gendang yang di sebelah sahaja dipasang kulit 









Tar : Sejenis rebana kecil yang digunakan dalam permainan rodat.







Perbezaan di antara ketiga-tiga  nama diatas tidak ketara jika hanya melalui pengertian-pengertian tersebut. Persamaan ketiga-tiga alat muzik diatas adalah kesemuanya alat muzik yang berbentuk dipukul atau dipalu dan semua alat muzik tersebut juga diperbuat daripada kulit.

Manakala perbezaan yang jelas diantara ketiga-tiganya ialah daripada saiz dan bentuknya. Rebana bersaiz besar daripada kompang manalah tar pula lebih kecil daripada kompang. Alat muzik hadrah yang  lazimnya digunakan di Negara Brunei Darussalam ialah tar.

Perbezaan bunyi diantara kompang dan rebana tidak lah begitu nyata akan tetapi perbezaan bunyi di antara kompang dengan tar, atau rebana dengan jelas berbeza jika dipaku atau dipukul bahagian siring alat-alat tersebut.