Penggunaan Tar

Tar merupakan alat muzik tradisional bagi masyarakat Melayu. Pada masa kebelakangan ini peranan kumpulan hadrah telah semakin bertambah. Mereka bukan sahaja diminta menyumbangkan persembahan di majlis-majlis khas seperti majlis pembukaan rasmi, menyambut kedatangan pelawat sama ada dari luar negeri mahupun tempatan serta sambutan-sambutan bagi hari kebesaran negara seperti sambutan hari kebangsaan.

Penglibatan tersebut dikembangkan sejajar dengan hasrat negara yang mengamalkan konsep Melayu Islam Beraja (MIB).

Selain daripada penggunaan tar yang diterangkan diatas, tar juga dimainkan ketika mainkan ketika majlis-majlis perkahwinan. Pasukan hadrah sering mendapatkan tempat untuk menyerikan suasana majlis dengan mengalunkan lagu-lagu yang berunsurkan puji-pujian dan rasa kesyukuran.

Selain daripada fungsi hadrah di majlis-majlis, peranan penting ialah memeriahkan suasana kerana hadrah mempunyai hubungan rapat dengan sosio-budaya serta  adat istiadat orang-orang Melayu.

Seterusnya tar juga digunakan dalam pertandingan-pertandingan tertentu. Inisiatif ini membuahkan hasil yang membanggakan sehingga Kementerian Pendidikan melalui bahagian Kegiatan Luar , Jabatan Sekolah-sekolah mengungkayahkan pertandingan hadrah setiap tahun. Pertandingan ini dapan melihatkan kemajuan budaya kita dan juga dapat mencungkil bakat -bakat baru untuk diwarisi oleh generasi seterusnya.